Iklan

Pengecualian cukai di bawah Bajet 2022

Ragananthini Vethasalam3 years ago29th Oct 2021Berita
49928477948 8d5ebf5ec4 o
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 hari ini mengumumkan pengecualian cukai dan rebat untuk pendapatan peribadi, pemeriksaan kesihatan mental, aktiviti pelancongan, pembelian gajet, antara lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Oktober, 2021.
Iklan

MENTERI Kewangan Tengku Zafrul Aziz hari ini mengumumkan pengecualian cukai dan rebat untuk pendapatan peribadi, termasuk untuk pemeriksaan kesihatan mental.

“Kerajaan juga bercadang untuk meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan meliputi kos khidmat konsultasi pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal dan kaunselor yang berdaftar,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.

Di samping itu, kerajaan bercadang untuk beri pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

Sementara itu, pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet akan dilanjutkan sehingga akhir tahun depan.

Bagi merangsang aktiviti pelancongan, individu boleh mendapat sehingga RM1,000 pengecualian cukai pendapatan mereka untuk aktiviti pelancongan domestik.

Pengecualian cukai untuk pembelian kenderaan termasuk SUV dan MPV akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022.

Bagi individu yang membeli atau berurusan dengan Kenderaan Elektrik, mereka boleh mendapat pengecualian cukai sehingga RM2,500.

Ibu yang bekerja layak mendapat pengecualian cukai sehingga RM3,000 untuk yuran tadika dan taska anak mereka bagi tahun taksiran 2023. – 29 Oktober, 2021.

Iklan
Iklan