Iklan

Pemimpin industri gesa Putrajaya kaji semula SOP kilang

Khoo Gek San3 years ago1st Nov 2021Berita
49934892616 bdc321f87d h
Sektor pengilangan gesa kerajaan kaji semula SOP untuk operasi kilang ketika negara sedang bergerak ke arah endemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 November, 2021.
Iklan

PUTRAJAYA perlu mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang dikenakan ke atas kilang kerana ia menjejaskan pengeluaran sektor itu, kata pakar industri.

Menurut mereka, langkah semasa menetapkan kilang perlu ditutup jika berlaku kes positif menyebabkan tempahan tidak dapat dibuat mengikut jadual.

Langkah saringan sedia ada yang mewajibkan pekerja diuji setiap dua minggu juga menyebabkan kilang terpaksa mengeluarkan belanja besar kerana kerajaan tidak menyediakan sebarang subsidi.

Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia Wong Siew Hai menggesa kerajaan membenarkan kilang menuntut pampasan kos saringan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Ia (saringan) sangat mahal. Kerana itulah kami minta kerajaan sokong kami buat tuntutan daripada Perkeseo,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Wong berkata ini akan meringankan beban kewangan ditanggung pengilang.

Beliau juga menggesa kerajaan mempertimbangkan semula arahan penutupan kilang apabila ada pekerja disahkan positif.

Katanya, berbanding menutup sepenuhnya kilang, pekerja yang diuji positif dan kontak rapat mereka boleh diasingkan dan pada masa sama pengeluaran berjalan seperti biasa.

Jika tidak, pengilang akan berdepan penangguhan berterusan dan kehilangan pelanggan kerana penghantaran tempahan yang lambat.

“Jangan tutup kilang. (Kami sudah minta kerajaan) setakat ini mereka belum jawab.

“Covid-19 tidak seserius dahulu. Selepas vaksinasi, semakin kurang orang dapat Kategori 4 jangkitan virus itu.”

Tambahnya, sektor semikonduktor memerlukan masa sekitar tiga bulan sehingga setahun untuk memenuhi tempahan kerana wujud lambakan tempahan disebabkan penutupan kilang ketika pandemik Covid-19.

Ketika kemuncak pandemik tahun lepas, salah sebuah pembekal sarung tangan terbesar dunia, Top Glove, menutup sementara operasi selepas ramai pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Kumpulan itu menutup 28 kilangnya di Klang bermula 17 November sehingga 14 Disember apabila asrama pekerjanya di Meru diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) susulan lonjakan kes Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang itu.

Penutupan operasi ini menyebabkan berlaku kekurangan bekalan di seluruh dunia. Malaysia membekalkan sekitar 67% sarung tangan getah dunia.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan yang sejak 28 Mac sehingga 17 Ogos, 1,549 jangkitan tempat kerja di kesan, 50.35% melibatkan kilang. – 1 November, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan