Ahmad Fadhli Shaari dipilih ketua Pemuda PAS
Iklan
AHLI Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari terpilih sebagai ketua Pemuda PAS baharu menggantikan Khairil Nizam Khiruddin yang tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti hari ini.
Ahmad Fadhli terpilih untuk jawatan itu mengalahkan Khalil Yahaya, yang juga Adun Kubu Gajah, Perak, dalam pemilihan yang berlangsung di Muktamar Pemuda PAS semalam, di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Khalil adalah juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak.
Ahmad Fadhil yang akan mengetuai sayap pemuda PAS menuju Pilihan Raya Umum ke-15 akan dibantu Afnan Hamimi Taib Azamuddin yang terpilih sebagai timbalan ketua Pemuda PAS.
Afnan Hamimi, yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor, sebelum ini naib ketua Pemuda PAS.
Jawatan naib ketua Pemuda PAS bagi sesi 2021 hingga 2023 dimenangi oleh Hanapi Zulkafli.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS yang terpilih pula adalah seperti berikut:
1. Mohd Hafez Sabri
2. Ahmad Nawfal Mahfodz
3. Hanif Haron
4. Muhd Khidhir Izaidin
5. Khairul Nazir Helmi Azhar
6. Wan Abu Bakar Wan Mahussin
7. Mohammad Arifiriazul Paijo
8. Abdul Malik Abd Razak
9. Muhammad Hilmi Ismail
10. Nurul Amin Hamid
11. Mohd Saifuddin Bin Hassan
12. Ahmad Bilal Rahudin
Muhammad Ali Rajai’e dan Mohd Shahir Abu Hassan pula menang tanpa bertanding bagi jawatan pemeriksa kira-kira sayap Pemuda parti Islam itu.
Riduan Mohd Noor dan Nor Azariza Mohd Alawi, pula masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan pengerusi tetap, dan timbalan pengerusi tetap.
Dalam kenyataan di media sosial, Khairil Nizam berkata beliau sudah selesai menjalankan tanggungjawab mengemudi sayap Pemuda PAS sepanjang penggal pemerintahannya.
“Alhamdulillah selesai melaksanakan antara tugasan-tugasan dan tanggungjawab terakhir saya sebagai seorang Ketua Pemuda PAS Malaysia pada hari ini.
“Alhamdulillah semoga gagasan yang dicadangkan ini, dapat menjadi saksi perjuangan saya di atas muka bumi ini,” katanya. – 31 Oktober, 2021.