Iklan

Ahli Parlimen akan diberi dos penggalak Covid-19 bermula esok 

Dewan
Iklan

AHLI Parlimen yang lengkap divaksin akan diberi dos penggalak Covid-19 bermula esok, kata Mohd Rashid Hasnon. 

“Sebagaimana yang diumumkan Kementerian Kesihatan sebelum ini, ia untuk mengoptimumkan perlindungan vaksinasi Covid-19,” kata timbalan speaker Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. 

“Memandangkan ahli Parlimen terdedah kepada ramai pengundi, suntikan dos penggalak membantu melindungi mereka.”

Katanya suntikan dos penggalak akan diberikan di dewan bankuet Parlimen pada pukul 9.30 pagi. 

“Ahli Parlimen boleh hubungi klinik Parlimen untuk menjadualkan suntikan mereka,” kata ahli Parlimen Batu Pahat. 

Malaysia mula memberikan suntikan dos penggalak Covid-19 kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas bermula 13 Oktober.  

Sementara itu sesi persidangan Parlimen akan dipendekkan pada Rabu, menjelang perayaan Deepavali. 

“Memandangkan Deepavali jatuh pada Khamis, kerajaan mencadangkan untuk memendekkan sidang pada Rabu dari pukul 10 pagi hingga 2 petang sahaja. 

“Ini bagi membolehkan ahli Parlimen pulang ke kawasan mereka untuk sambutan perayaan itu.” kata Rashid. – 1 November, 2021.

Iklan
Iklan