Iklan

KKM perlu telus kes kesan sampingan vaksin, kata ahli Parlimen

51013703443 ce770acc12 o
KKM perlu lebih telus dalam memberi data kes serius AEFI dalam kalangan individu yang sudah menerima suntikan penuh vaksin Covid-19, kata ahli Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 November, 2021.
Iklan

WAKIL rakyat desak Kementerian Kesihatan (KKM) lebih telus dalam memberi data kes serius kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) dalam kalangan individu yang sudah menerima suntikan penuh vaksin Covid-19.

Ia susulan Timbalan Menteri Kesihatan II Aaron Ago Dagang memberitahu Dewan Rakyat hari ini terdapat 1,483 laporan penilaian kendiri pasca vaksinasi dalam kategori serius.

“Daripada kes serius, terdapat 519 kematian dalam kalangan mereka yang sudah divaksin. Namun, selepas siasatan lanjut, didapati semua kes itu tidak terkait secara langsung dengan vaksinasi Covid-19,” kata ahli Parlimen Kanowit itu.

Beliau berkata kerajaan menerima 74 permohonan bantuan kewangan daripada dana Tabung Bantuan Mudarat Vaksin Covid setakat 29 Oktober, di mana tujuh ditolak sementera yang lain sedang dalam pertimbangan.

“Setakat 29 Oktober, belum ada permohonan diluluskan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd Redzuan Md Yusof (Alor Gajah-PN) berkenaan langkah keselamatan diambil kerajaan dalam memastikan vaksin itu sesuai untuk penerima dan pampasan diberikan kepada mereka yang mengalami kesan sampingan pasca vaksinasi.

Menerusi soalan tambahannya, Redzuan meminta laporan dibentangkan berkenaan jumlah penerima pampasan itu.

“Kedua, dikatakan tidak ada kematian kerana vaksinasi dilaporkan. Semalam, ada 36 kematian dan tidak ada satu pun dikaitkan dengan vaksinasi.

“Sebagai contoh, kita tahu timbalan ketua menteri Sarawak (James Masing) meninggal dunia selepas lengkap dua dos vaksin.

“Kita perlu meyakinkan rakyat vaksin itu selamat,” kata Redzuan.

Beliau menambah ada seorang individu memohon di kawasannya mohon mendapatkan tongkat selepas mengalami masalah sendi daripada pasca vaksinasi.

“Laporan itu tidak dilayan pegawai kesihatan daerah ketika ia dibuat,” kata Redzuan, bertanya apa langkah diambil kerajaan bagi meyakinkan rakyat yang vaksin itu selamat. – 1 November, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan