Iklan

Kewangan negara kritikal salah Pakatan, Perikatan, kata Najib

Najib razak (9)
Bajet 2022 adalah yang terbesar dalam sejarah negara dengan defisit yang masih tinggi, kata Najib Razak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 November, 2021.
Iklan

KESILAPAN pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin dalam membuat keputusan menyebabkan defisit negara lebih tinggi berbanding semasa kerajaan di bawah Barisan Nasional, kata Najib Razak.

“Ini adalah bajet terbesar dalam sejarah negara dengan defisit yang masih tinggi. Bajet ini juga penuh risiko apabila kerajaan terpaksa meminjam lebih banyak dana sedangkan unjuran pendapatan kerajaan masih rendah.

“Bagi saya keadaan ini berlaku disebabkan beberapa keputusan dan tindakan salah yang diambil oleh kerajaan-kerajaan yang dibentuk selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dan terpaksa ditanggung oleh kerajaan hari ini,” kata semasa perbahasan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini. 

Kesilapan tersebut antara lain memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), meningkatkan kebergantungan pada hasil minyak, menakutkan pelabur dengan momokan kononnya negara sedang bankrap dan penjualan aset-aset negara, jelasnya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata ketika di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), defisit serta nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun selama lapan tahun berturut-turut ke paras 48.7% tetapi naik semula setiap tahun sehingga mencapai tahap 62% pada akhir 2020.

“Ia dijangka akan melebihi 66% tidak lama lagi setelah had hutang dinaikkan dua kali daripada 55% ke 60% pada 2020 dan seterusnya dinaikkan ke 65% pada awal bulan ini.

“Defisit dan hutang negara sebenarnya akan lebih tinggi lagi tetapi dibantu oleh pengambilan dividen yang tinggi melampau dari Petronas sejak PRU14,” katanya.

Tambahnya, Petronas pernah memberi amaran pengambilan dividen telah melebihi keuntungan syarikat minyak dan gas nasional setiap tahun sejak 2018. – 1 November, 2021.     

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan