Iklan

Jumlah kematian Covid-19 kini lebih 29,000, lapor KKM

Ragananthini Vethasalam3 years ago3rd Nov 2021Berita
Maut  full
Sebanyak 29,045 kes kematian Covid-19 telah direkodkan sejak 17 Mac tahun lalu, lapor KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 November, 2021.
Iklan

JUMLAH keseluruhan kematian akibat Covid-19 dalam negara kini melebihi angka 29,000 selepas 70 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 29,045 kes kematian Covid-19 telah direkodkan sejak 17 Mac tahun lalu.

Semua kes yang dilaporkan semalam adalah kes tertunggak.

Menurut data yang dikongsikan KKM di portal GitHub, daripada 70 kematian, 15 kes berlaku di luar hospital (brought in dead atau BID).

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Sarawak mencatat angka kematian tertinggi iaitu 18 kes, diikuti Kelantan dan Selangor masing-masing mencatat 11 kes.

Purata kes seluruh negara ialah 20 kematian bagi setiap sejuta penduduk dengan Sarawak merekodkan purata tertinggi iaitu 52 kematian. – 3 November, 2021. 

Iklan
Iklan