Iklan

KKM lapor 5,291 kes baharu Covid-19

Ragananthini Vethasalam3 years ago3rd Nov 2021Berita
Kuala lumpur tower tmi 07
Jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,486,630 kes, lapor KKM. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 November, 2021.
Iklan

SEBANYAK 5,291 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi, naik sedikit berbanding 5, 071 yang dilaporkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,486,630, katanya di Twitter.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memuat naik pecahan kes mengikut negeri dan maklumat terperinci lain di laman web CovidNow tengah malam ini.

KKM juga hari ini memaklumkan seramai 22,393,720 individu atau 95.7% populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Sejumlah 22,885,170 individu atau 97.8% pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menurut data di CovidNow.

Setakat semalam juga, seramai 2,171,270 atau 69% kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap menerima suntikan vaksin, manakala 83.2% atau 2,619,573 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Kerajaan mensasarkan 80% penduduk di negara ini lengkap vaksinasi Covid-19 menjelang Februari tahun depan. – 3 November, 2021.  

Iklan
Iklan