Iklan

Tommy Thomas fail batal saman bekas pengarah AIAC 

Hailey Chung Wee Kye3 years ago5th Nov 2021Berita
Tommy thomas 151019 tmiseth 03
Tommy Thomas berkata saman difailkan bekas pengarah AIAC akan menjejaskan sistem keadilan jenayah negara jika ia dibenarkan mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 November, 2021.
Iklan

BEKAS peguam negara Tommy Thomas sedang berusaha membatalkan saman difailkan terhadapnya dan pegawai Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh bekas ketua pusat timbang tara serantau kerana penahanan dan pendakwaan secara salah. 

Dalam permohonan yang difailkan hari ini, Thomas berkata saman oleh bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) N Sundra Rajoo tidak pernah berlaku sebelum ini dan tiada asas.

Jika dibenarkan, ia akan membuka jalan kepada tindakan undang-undang terhadap pendakwa raya, kata Thomas dalam permohonannya yang dilihat oleh The Malaysian Insight.

Aktiviti jenayah tidak akan terhalang kerana pendakwa raya akan berhati-hati untuk mendakwa suspek di mahkamah kerana berisiko kepada diri mereka terhadap saman sivil selepas itu, tambahnya.

“Jika dibenarkan, ia akan mengakibatkan kes sivil terhadap kerajaan, pendakwa raya dan timbalan pendakwa raya, pegawai penyiasat, dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam sistem keadilan jenayah negara.

“Itu akan bertentangan dengan kepentingan negara,” kata Thomas.

Sundra didakwa pada Mac 2019 atas tiga pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berjumlah RM1.1 juta membabitkan pembelian untuk AIAC bagi buku tulisannya.

Beliau mendakwa dengan imuniti yang diberikan kepadanya sebagai pegawai berpangkat tinggi AIAC, dan sebagai seorang diplomat, beliau tidak sepatutnya ditahan dan didakwa atas perbuatan yang dilakukan atas kapasiti rasminya.

Beliau memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Oktober. Selain Thomas, beliau juga menamakan sebagai defendan ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu Mohamad Shukri Abdull, serta antara lainya pegawai SPRM dan AGC.

Thomas dalam afidavitnya hari ini, menafikan semua dakwaan Sundra dan berkata beliau tidak sepatutnya mendapat imuniti itu. – 5 November, 2021. 

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan