Iklan

KKM lapor 54 kematian baharu, semua kes tertunggak

Ragananthini Vethasalam3 years ago7th Nov 2021Berita
Icu story 210621 tmiseth 04
Sarawak terus melaporkan jumlah tertinggi dengan 18 kematian, diikuti Sabah dan Selangor masing-masing tujuh kes. – Gambar The Malaysian Insight, 7 November, 2021.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 54 kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu sehingga tengah malam tadi, yang kesemuanya adalah kes tertunggak.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian negara akibat Covid-19 sebanyak 29,256.

Daripada 54 kes, 12 orang disahkan sebagai kes meninggal dunia di luar hospital, menurut data di Git.hub KKM.

Kementerian memperoleh angka harian daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tertunggak yang baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas selesai siasatan klinikal.

Sarawak terus melaporkan jumlah tertinggi dengan 18 kematian, diikuti Sabah dan Selangor masing-masing tujuh kes.

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kematian baharu semalam ialah Johor (3), Kedah (3), Kelantan(3), Melaka(1), Pahang (5), Perak (2), Terengganu (4) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada sebarang kematian baharu dilaporkan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Menurut laman web CovidNow, purata bagi setiap 10,090 penduduk ialah sembilan kematian. 

Bagaimanapun, Labuan, Lembah Klang dan Sarawak, mempunyai insiden tertinggi dengan 15 kematian bagi setiap 10,000 orang.

Mengikut populasi bagi sejuta, purata negara ialah 18 kematian. Oleh itu, Sarawak mempunyai purata tertinggi dengan 49 kematian bagi setiap sejuta penduduknya. – 7 November, 2021.

Iklan
Iklan