Iklan

Hanya Selangor catat lebih 1,000 kes baharu Covid-19, lapor KKM

Ragananthini Vethasalam3 years ago7th Nov 2021Berita
Bm-0611-covid-19 cases-state-02
Iklan

SELANGOR merupakan satu-satunya negeri yang mencatatkan lebih 1,000 kes baharu Covid-19 semalam, menyumbang 1,063 daripada 4,701 kes harian, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Negeri paling ramai penduduk di Malaysia itu, melaporkan 248 kemasukan ke hospital sehari manakala kadar penggunaan katil di hospital pada masa ini pada 65.6%.

Menurut repositori data di Git.hub KKM, Sabah berada di tempat kedua dengan 569 kes.

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kes baharu semalam ialah Johor (395), Kedah (232), Melaka (172), Negeri Sembilan (149), Pahang (267), Perak (201), Perlis (30), Pulau Pinang (225), Sarawak (499), Terengganu (201), Kuala Lumpur (268), Putrajaya (41) dan Labuan(10).

Sebanyak 2,501,966 kes Covid-19 dilaporkan di Malaysia sejak wabak bermula pada 25 Januari 2020.

Terdapat 65,505 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi. Daripada jumlah ini, 544 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 280 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 51,103 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 8,389 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 5,469 dimasukkan ke hospital. – 7 November, 2021.

Iklan
Iklan