Iklan

4,343 jangkitan baharu Covid-19 hari ini

Ragananthini Vethasalam3 years ago7th Nov 2021Berita
51653408853 66de061c7a o
Jumlah harian jangkitan harian Covid-19 terus menurun hari ini buat hari ketiga dengan melaporkan sebanyak 4,343 kes hari ini berbanding semalam iaitu 4,701 kes dan 4,922 kes pada kelmarin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 November, 2021.
Iklan

JANGKITAN harian Covid-19 menunjukkan trend menurun buat hari ketiga dengan 4,343 kes baharu dilaporkan setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan beban jangkitan ditanggung negara sebanyak 2,506,309.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Jumlah jangkitan harian menurun sejak 4 November yang melaporkan 5,713 kes ketika itu.

Ia kemudian menurun kepada 4,922 pada 5 November dan 4,701 pada 6 November. – 7 November, 2021.

Iklan
Iklan