Iklan

Kes pulih Covid-19 lebih tinggi berbanding kes baharu, kata KP kesihatan

Ragananthini Vethasalam3 years ago7th Nov 2021Berita
49970607888 abc224488f b
Daripada jangkitan baharu, hanya 68 kes berada di peringkat bahaya jangkitan dalam kategori 3, 4 dan 5. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 November, 2021.
Iklan

KES pulih Covid-19 mengatasi kes baharu hari ini, dengan 5,190 orang sembuh daripada virus itu setakat tengah hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah terkini pesakit yang pulih itu menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,412,395.

Sementara itu, 4,343 orang disahkan positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,506,309.

Daripada jangkitan baharu, hanya 68 kes berada di peringkat bahaya jangkitan dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 4,275 adalah dalam kategori 1 (tidak bergejala) dan 2 (bergejala ringan).

Mengenai bebanan Covid-19 di kemudahan kesihatan, terdapat 554 kes aktif di unit rawatan rapi hospital seluruh negara, dengan 72 daripadanya mendapat bantuan pernafasan.

Daripada 554 kes, 518 disahkan kerana Covid-19 manakala 36 adalah kes berkemungkinan.

Dr Noor Hisham turut melaporkan 7 kluster baharu Covid-19. Dengan ini, jumlah kluster aktif jangkitan di negara ini kini berjumlah 325. – 7 November, 2021.

Iklan
Iklan