Iklan

Lebih 500,000 dos penggalak diberikan, kata KP kesihatan  

Ragananthini Vethasalam3 years ago8th Nov 2021Berita
Booster
Iklan

LEBIH 500,000 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan setakat 7 November, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. 

506,236 dos diberikan di 672 pusat vaksinasi yangh masih beroperasi, katanya. 

Dalam perkembangan lain 75.2% penduduk Malaysia, 94.8% populasi dewasa dan 74.9% golongan remaja melengkapkan vaksinasi setakat semalam. 

Kementerian Kesihatan menerima lebih 25 juta pendaftaran untuk vaksinasi. 

Dr Noor Hisham berkata banyak petunjuk utama wabak itu berada pada trend menurun sepanjang minggu yang berakhir pada 6 November berbanding minggu sebelumnya.

“Bagaimanapun, kadar kes unit rawatan rapi (ICU) meningkat sebanyak 2% berbanding minggu epidemiogi sebelumnya (ME43),” katanya.

Terdapat 516 kes ICU dalam seminggu yang masih dalam semakan berbanding 505 pada minggu sebelumnya.

Petunjuk lain yang menunjukkan trend menurun adalah kematian yang jatuh daripada 522 kepada 380 (-27.2%) dan jumlah kes baharu mingguan yang turun daripada 40,613 kepada 35,303 (13.1%).

Sementara itu, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan kekal tidak berubah pada 214.

Mengenai kapasiti hospital, terdapat peningkatan 1% kadar penggunaan katil wad (5722 katil) dan ICU (555 katil). Kadar penggunaan katil di pusat kuarantin berisiko rendah kekal tidak berubah dengan 1,128 katil atau 40%.

Dr Noor Hisham berkata jumlah pesakit yang menerima rawatan di kemudahan penjagaan kesihatan dalam kategori sederhana dan teruk juga dilihat menurun. 

“Bagaimanapun antara minggu epidemiologi ke 42 dan 43, terdapat peningkatan 35 hingga 17% kemasukan pesakit Kategori 3 dan Kategori 5 di Kuala Lumpur, Perlis, Terengganu dan Selangor,” katanya.

Tambahnya kementerian juga akan memantau dan menilai situasi agar langkah pencegahan awal dapat diambil.– 8 November, 2021.

Iklan
Iklan