Iklan

Apa yang kita tahu tentang Delta Plus AY.4.2

Ragananthini Vethasalam3 years ago10th Nov 2021Berita
Kl daily 291021 tmiseth 01
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata vaksin Covid-19 masih berkesan terhadap varian Delta Plus AY.4.2 dan kuarantin dapat bantu mengurangkan risiko jangkitan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2021.
Iklan

MALAYSIA baru-baru ini mengesan dua kes dengan varian Delta Plus AY.4.2 membabitkan dua pelajar yang baru pulang dari United Kingdom (UK).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua pelajar berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2 Oktober dan keputusan ujian saringan RT-PCR pertama mereka adalah negatif.

Bagaimanapun, keputusan ujian kedua yang dilakukan pada 7 Oktober ketika mereka menjalani kuarantin adalah positif.

Noor Hisham berkata vaksin Covid-19 masih berkesan terhadap varian itu dan langkah seperti kuarantin dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan.

Strain mutasi varian Delta yang sangat mudah berjangkit itu sedang menular di sekitar UK.

Ia dikesan selepas menjalani penjujukan genom penuh di Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM).

Agensi Keselamatan Kesihatan UK baru-baru ini mengklasifikasikan ia sebagai varian dalam siasatan (VUI). Pada masa ini tiada bukti menunjukkan varian itu boleh menyebabkan individu semakin sakit, walaupun ada kebimbangan ia akan menjadi lebih mudah berjangkit.

Subvarian itu juga belum diklasifikaskan sebagai varian membimbangkan (VOC), bukan seperti varian Delta.

Sub-lineage itu jadi semakin biasa di UK sejak beberapa bulan terakhir ini, dan bukti awal menunjukkan ia menyebabkan peningkatan kadar perkembangan di UK berbanding Delta,” kata BBC memetik UKHSA sebagai berkata bulan lalu.

Pertubuhan Kesihatan Dunia menerusi laporan mingguannya pada 27 Oktober berkata AY.4.2 adalah daripada susur galur Pango yang baharu tercipta dalam VOC Delta, di mana ia ada tiga mutasi tambahan, termasuk dua ditemui dalam protein spike iaitu A222V dan Y145H. – 10 November, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan