Bekas CEO akui peranan punca 1MDB gagal
Iklan
BEKAS ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman membuat pengakuan di mahkamah berhubung peranannya yang menyebabkan syarikat itu gagal sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Hazem mengakui semasa disoal oleh pihak pembelaan bahawa beliau ‘“pada tahap tertentu” bertanggungjawab untuk membawa dana pelaburan milik kerajaan itu ke dalam masalah kewangan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Hazem tidak bersetuju bahawa pendekatannya yang “tidak bertanya soalan” dalam menandatangani dokumen membolehkan dana 1MDB disalahgunakan.
Saksi pendakwaan ke-10 itu mengakui perkara ini ketika diperiksa balas oleh peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed.
Wan Aizuddin: Memandangkan kamu adalah Ketua Pegawai Eksekutif dari 2013 hingga 2015, kamu pada asasnya bersetuju bahawa kamu telah menjalankan syarikat itu? Dengan memasukkan syarikat ke dalam semua liabiliti yang tidak perlu ini?
Hazem: Okay, pada tahap tertentu, ya.
Wan Aizuddin: Dengan semua dokumen yang ditunjukkan kepada kamu, bolehkah kamu mengakui bahawa terdapat dana yang diselewengkan daripada 1MDB?
Hazem: Ya.
Wan Aizuddin: Adakah kamu bersetuju dengan sikap kamu, sepanjang tempoh kamu sebagai CEO dan COO, tanpa sebarang soalan dan hanya menandatangani di halaman tandatangan telah membolehkan semua dana ini diselewengkan daripada 1MDB?
Hazem: Tidak, tidak setuju.
Hazem menyertai 1MDB sebagai ketua pegawai operasi pada Ogos 2012 dan kemudian dilantik sebagai CEO 1MDB pada Mac 2013, dan memegang jawatan itu sehingga Januari 2015.
Dalam perbicaraan 1MDB ini, bekas perdana menteri Najib Razak berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang didakwa melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.
Beliau berdepan hukuman 20 tahun penjara jika sabit kesalahan. – 10 November, 2021.
Berita penuh di sini.