Iklan

KKM lapor 6,243 kes baharu Covid-19

Ragananthini Vethasalam3 years ago10th Nov 2021Berita
Covid-19 shopping
Jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 2,522,498, lapor KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2021.
Iklan

SEBANYAK 6,243 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat 12 tengah hari tadi, berbanding 5,403 yang dilaporkan semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan menerusi Twitter memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 2,522,498.

Kementerian Kesihatan akan memuat naik pecahan kes mengikut negeri dan maklumat terperinci lain di laman web CovidNow tengah malam ini.

Angka harian jangkitan meningkat sejak Ahad lalu, ketika itu 4,343 kes dicatatkan. 

Jumlah itu kemudian naik kepada 4,543 pada Isnin, dan seterusnya 5,403 semalam. – 10 November, 2021.

Iklan
Iklan