Iklan

Reaksi berbeza kumpulan Islam dan peguam berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan 

Melati A. Jalil7 years ago29th Jan 2018Berita
Iklan

PERSATUAN Peguam Islam menyatakan kebimbangan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi terhadap pertukaran agama, dan mengatakan penghakiman itu boleh digunakan oleh kerajaan untuk mengembalikan klausa 88A Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA).

Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ia menyedihkan bahawa keputusan hari ini akan menetapkan pendahuluan dalam kes-kes pertukaran agama, membantah keputusan itu tidak selaras dengan keputusan mahkamah sebelumnya.

“Saya bimbang penghakiman itu akan digunakan sebagai alasan kepada kerajaan untuk memperkenalkan semula klausa 88A Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, yang ditolak oleh masyarakat Islam. 

“Umat Islam perlu menunjukkan penyatuan mereka dalam menentang apa-apa cubaan untuk perkenalkan semula klausa 88A,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan pertukaran agama tiga anak M. Indira Gandhi kepada Islam terbatal, yang memerlukan persetujuan kedua ibu bapa dan kata perlembagaan “ibu bapa” adalah kes kehilangan dalam terjemahan.

Pada 7 Ogos lalu, kerajaan menarik semula LRA yang dijadualkan untuk bacaan kali kedua selepas diusulkan buat pertama kalinya pada November 2016. 

Pada hari yang sama ia ditarik balik, Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata rang undang-undang baharu akan diusulkan tanpa klausa 88A. 

Katanya pindaan terbaharu juga akan selari dengan keputusan mahkamah terhadap interpretasi Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa agama individu berusia bawah 18 tahun ditentukan oleh ibu bapanya atau penjaga. 

Rang undang-undang itu diluluskan pada 10 Ogos tanpa Klausa 88A, yang mencetuskan kritikan dalam kalangan pemimpin pembangkang. 

Pindaan yang dicadangkan kepada LRA digubal berikutan beberapa kes perebutan hak penjagaan yang melibatkan ibu bapa Muslim dan bukan Islam, termasuk Indira dan bekas suaminya, K. Pathmanathan, yang memeluk Islam.

Zainul turut menggesa pindaan Undang-Undang Tubuh, dan menggesa semua kerajaan negeri mengikut undang-undang perlembagaan Terengganu yang meletakkan mahkamah Syariah di bawah perlembagaan negeri.

“Dengan berbuat demikian, mahkamah syariah akan dilihat setanding dengan mahkamah sivil,” katanya, sambil menambah bahawa semua undang-undang yang membatasi mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam juga harus dipinda untuk membenarkan bukan Islam muncul di mahkamah Syariah.

“Undang-undang pertukaran agama juga perlu dipinda, terutama prosedur penukaran kepada Islam untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak boleh bercakap lagi tidak perlu menyatakan ‘Shahadah’ untuk menukar agama Islam, sudah cukup bahawa ibu bapa adalah beragama Islam,” katanya.

Zainul bagaimanapun menambah mereka perlu menerima keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang kompeten.

“Masyarakat Islam perlu menunggu kes lain untuk didengar bagi mengetepikan penghakiman ini,” katanya. 

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang turut mengatakan beliau terkejut dengan keputusan itu dan menyatakan kes Subashini Rajasingam v Saravanan Thangathoray, yang mana Mahkamah Persekutuan pada 2007 memutuskan bahawa ibu bapa tunggal boleh menukar agama anak di bawah umur 18 tahun.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan akan memberikan impak besar terhadap kes yang sama di masa hadapan. 

“Bagaimanapun, anak-anak masih mempunyai hak untuk memilih agama mereka sendiri tanpa persetujuan ibu bapa apabila mereka mencapai umur 18 tahun, sebagaimana yang dinyatakan dalam Enakmen Agama Islam (Perak) 2004,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Sementara itu Sister in Islam (SIS) berkata, Indira dan keluarganya sudah mendapat keadilan, dan berkata keputusan itu memberikan Malaysia kejelasan dan kepastian dalam isu penukaran agama anak.

“Mahkamah Persekutuan memberikan penghakiman yang jelas terhadap ketidakpastian antara sivil dan Mahkamah Syariah,” kata kumpulan berkenaan yang menyokong keputusan itu. 

Kumpulan itu berkata, apa yang paling penting, Mahkamah Persekutuan memutuskan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa dalam isu perlembagaan, interpretasi perundangan dan semakan kehakiman tindakan pentadbiran dan fungsi ini tidak boleh dibatalkan atau diubah oleh Parlimen. 

“Ia adalah asas kepada demokrasi perlembagaan. Malaysia adalah negara yang mematuhi undang-undang, dan pertimbangan seperti ini menunjukkan dengan jelas bahawa kedaulatan undang-undang berlaku,” katanya.

“Keputusan hari ini menandakan berakhirnya perjalanan yang melelahkan dan sukar M. Indira Gandhi dan keluarganya,” katanya. – 29 Januari, 2018. 

Iklan
Iklan