Iklan

Saya tidak terima satu sen pun duit 1MDB, kata bekas CEO

Hailey Chung Wee Kye3 years ago15th Nov 2021Berita
Hazem
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman merupakan saksi pendakwaan ke sepuluh dalam perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2021.
Iklan

TIADA satu sen pun daripada pembayaran tidak teratur daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masuk ke akaun bank saya, kata bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Hazem berkata beliau tidak mendapat manfaat daripada mana-mana transaksi yang didakwa tidak sah itu semasa diperiksa balas semula oleh pendakwa ad hoc Gopal Sri Ram.

Sri Ram: Kamu ditanya mengenai pembayaran tidak teratur yang keluar dari 1MDB, adakah satu sen wang itu masuk ke akaun kamu?

Hazem: Tidak. 

Sri Ram:  Adakah kamu mendapat manfaat kewangan dalam apa jua cara daripada mana-mana transaksi tersebut?

Hazem: Tidak. 

Hazem merupakan saksi pendakwaan ke sepuluh dalam perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak yang berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didakwa didepositkan ke akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014. 

Hazem menyertai 1MDB sebagai ketua pegawai operasi pada Ogos 2012 dan kemudian dilantik menjadi CEO pada Mac 2013, jawatan itu disandang sehingga Januari 2015.

Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. – 15 November, 2021.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan