Ajak pengundi luar pulang usaha terakhir DAP
Iklan
SELEPAS kurang mendapat sambutan daripada pengundi akibat larangan berkempen, pemimpin DAP kini beralih kepada penyokong dari luar untuk pulang mengundi Sabtu ini.
Pengarah pilihan raya negeri DAP Khoo Poay Tiong berkata ia kini sedang berusaha menarik pengundi pulang ketika kempen masuk ke fasa terakhir.
Katanya, kerusi DAP di Melaka akan terjejas teruk jika pengundi luar bandar tidak balik mengundi.
“Kurang 10 hingga 20 peratus pengundi juga akan jejas prestasi DAP,” kata Khoo.
Parti itu bertanding di lapan kerusi. Pengundian untuk DUN 28 kerusi adalah pada Sabtu (20 November).
Dua calon baharu, Muhamad Danish Zainudin dan Leng Chau Yen, masing-masing diletakkan di kerusi Pengkalan Batu dan Bandar Hilir.
Calon lain ialah penyandang Saminathan Ganesan (Gadek), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Damian Yeo Shen Li (Duyong), Tey Kok Kiew (Bemban) dan Low Chee Leong (Kota Laksamana).
Dalam pada itu Khoo turut menekankan yang Melaka sentiasa merupakan negeri Barisan Nasional (BN).
“Waktu itu, kita fikir kerajaan pusat boleh diganti, tetapi kerajaan negeri tidak akan tumbang,” katanya tentang bagaimana Pakatan Harapan (PH) menawan kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2018.
PH memenangi majoriti di kedua-dua DUN Melaka dan Parlimen pada 2018 secara mengejut tetapi kemudiannya hilang negeri itu selepas pembelotan kepada BN yang seterusnya digulingkan selepas empat Adun menarik balik sokongan kepada ketua menteri baru-baru ini.
Empat Adun yang menarik sokongan itu ialah bekas ketua menteri Melaka Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), bekas Adun DAP Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee and Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
DAP ingatkan undi mereka untuk lima tahun mendatang
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, seperti yang berlaku, calon cuma boleh menggunakan peluang mendekati pengundi ketika makan tiga kali sehari sahaja.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) yang ketat telah mengharamkan ceramah dan kempen dari rumah ke rumah namun calon boleh elakkan dengan mengunjungi restoran dan gerai untuk menjamu selera sekali gus membolehkan mereka bergaul dengan pengundi.
Kementerian Kesihatan telah mengharamkan semua aktiviti, perhimpunan atau perhimpunan sosial berkaitan pilihan raya negeri (PRN) Melaka bermula 25 Oktober hingga 27 November ini.
“Adakalanya calon bersarapan tiga kali pada waktu pagi, begitu juga untuk makan tengah hari dan makan malam.
“Ini dibuat supaya pengundi dapat bertemu calon, dan kemudian kita hantar pemimpin DAP ke lapan kerusi Melaka tempat parti itu bertanding,” kata Loke.
Beliau berkata cabaran terbesar DAP semasa kempen adalah untuk memberitahu pengundi memilih kerajaan negeri yang mereka mahukan untuk lima tahun akan datang.
“Kami kekurangan kempen secara bersemuka dan tidak dapat lihat maklum balas yang diberikan oleh pengundi kepada kami,” kata Loke.
“Dulu pemimpin dan calon berucap dan hadirin (pengundi) menjawab.
“Mereka yang bersetuju dengan kami bertepuk tangan dan melaungkan slogan. Kali ini, kami cuma bergantung kepada publisiti dalam talian.
“Kami tidak dapat baca reaksi pengundi. Penceramah menghadap kamera pada siaran langsung, tidak dapat lihat reaksi pengundi.”
Benar debat di TV
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengatur calon atau calon ketua menteri berdebat di televisyen atau platform dalam talian setiap hari sebagai cara untuk mencapai pengundi.
Beliau mencadangkan sekali lagi debat disiarkan melalui televisyen oleh calon-calon utama tiga gabungan politik sekurang-kurangnya, dan membenarkan setiap seorang mengemukakan pandangan politik mereka mengenai pembangunan Melaka.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa sebelum ini mengumumkan kerajaan membenarkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan poster dan biodata calon yang menyertai PRN Melaka.
“Tiada guna menyiarkan gambar dan maklumat calon sahaja. Jika ia benar-benar adil, calon harus dibenarkan berdebat di TV.
“Setiap gabungan mahu tadbir Melaka, jadi biarlah calon ketua berdebat. Biar RTM buat debat. Perlu ada debat.
“Konfrontasi dan interaksi adalah satu-satunya cara yang berguna untuk semua orang mengemukakan pendapat politik mereka sendiri,” kata Loke.
BN telah menamakan penyandang ketua menterinya Sulaiman Md Ali manakala PH menamakan bekas ketua menteri Adly Zahari.
PN masih belum menamakan pilihan ketua menterinya namun berkata ia akan menamakan calon itu menjelang pengundian. – 17 November, 2021.