Iklan

1,187 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, lapor KKM

Ragananthini Vethasalam3 years ago21st Nov 2021Berita
Hospital covid-19
Kadar penggunaan katil hospital keseluruhan adalah pada 67.3% dan 39.8% bagi menampung pesakit Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 November 2021.
Iklan

KES kemasukan ke hospital kerana Covid-19 menurun kepada 1,187 semalam berbanding 1,236 sehari sebelumnya, menurut laman web Kementerian Kesihatan (KKM), CovidNow.

Kadar penggunaan katil hospital keseluruhan adalah pada 67.3% dan 39.8% bagi menampung pesakit Covid-19.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keseriusan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan  alat bantuan ventilator.

Lembah Klang mempunyai kemasukan harian tertinggi sebanyak 315 orang.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Selangor dengan 254, Johor (168), Kedah (29), Kelantan (110), Melaka (26), Negeri Sembilan (40), Pahang (48), Perak (70), Perlis (13), Pulau Pinang (56), Sabah (123), Sarawak (121), Terengganu (70), Kuala Lumpur (38), Labuan (2) dan Putrajaya (19).

Dari segi kadar penggunaan hospital, Terengganu adalah mencatat kadar tertinggi dengan 84.6% kapasiti penggunaan katil.

Sementara itu, kadar penggunaan ICU ialah 65.2% dan ventilator sebanyak 38.8%.

Terdapat 69,485 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi. Daripada jumlah ini, 529 pesakit dirawat di ICU dengan 261 daripadanya memerlukan bantuan ventilator.

Sementara itu, 55,346 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 8,004 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 5,606 dimasukkan ke hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi semalam dengan 1528 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes baharu ialah Kelantan (614), Sabah (543), Johor (499), Kedah (364), Pahang (362), Pulau Pinang (367), Sarawak (292), Perak (237), Terengganu (258), Sabah (545), Sarawak (255), Terengganu (225), Kuala Lumpur (319), Melaka (192), Negeri Sembilan (223), Putrajaya (91), Perlis (19) dan Labuan (19). – 21 November, 2021.

Iklan
Iklan