Iklan

Kemasukan hospital menurun kepada 1,081, lapor KKM

Ragananthini Vethasalam3 years ago22nd Nov 2021Berita
Covid-19 ambulance hospital kuala lumpur 180121  full
Lembah Klang mencatatkan kadar kemasukan harian ke hospital tertinggi sebanyak 333 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2021.
Iklan

KEMASUKAN hospital bagi ke Covid-19 terus menurun kepada 1,081 semalam berbanding 1,187 sehari sebelumnya, berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow.

Kadar penggunaan katil hospital keseluruhan adalah pada 67.3%.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan alat bantuan ventilator.

Lembah Klang mencatatkan kadar kemasukan harian tertinggi sebanyak 333 kes.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu adalah Selangor dengan 280 kes, Johor (179), Kedah (42), Kelantan (101), Malacca (28), Negeri Sembilan(27), Pahang (51), Perak (49), Perlis (9), Pulau Pinang (25), Sabah (105), Sarawak (69), Terengganu (63), Kuala Lumpur (37), dan Putrajaya (16).

Labuan adalah satu-satunya negeri yang melaporkan sifar kemasukan ke hospital.

Dari segi kadar penggunaan hospital, Terengganu melaporkan kadar tertinggi dengan 85.9% kapasiti katil.

Sementara itu, kadar penggunaan ventilator ialah 37.8% dan ICU pada 64.2%.

Terdapat 68,790 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi. Daripada jumlah ini, 541 pesakit dirawat di ICU dengan 267 daripadanya memerlukan bantuan ventilator.

Sementara itu, 55,026 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 7,792 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 5,431 dimasukkan ke hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi semalam dengan 1,365 jangkitan.

Negeri lain yang merekodkan kes baharu ialah Kelantan (486), Sabah (543), Johor (494), Kedah (275), Pahang (265), Pulau Pinang (271), Sarawak (292), Perak (177), Terengganu (258), Sabah (437), Sarawak (245), Terengganu (208), Kuala Lumpur (235), Melaka (142), Negeri Sembilan (197), Putrajaya (31), Perlis (12) dan Labuan (14). – 22 November, 2021.

Iklan
Iklan