Iklan

4,885 kes jangkitan baharu Covid-19 

Ragananthini Vethasalam3 years ago22nd Nov 2021Berita
Covid
Iklan

MALAYSIA merekodkan 4,885 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, yang mana ia sedikit meningkat berbanding 4,854 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 2,591,486.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan bagi 21 November menurun kepada 1.0 berbanding 1.01 sehari sebelum itu.

1,081 kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital turut direkodkan semalam.

Jumlah keseluruhan kadar penggunaan katil hospital kini 66.7%. – 22 November, 2021.
 

Iklan
Iklan