5,501 kes jangkitan baharu Covid-19
Iklan
MALAYSIA merekodkan 5,501 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini kepada 2,614,480.
Jumlah pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik menerusi laman web CovidNow selepas tengah malam.
Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) kekal pada 0.99 sejak dua hari lalu.
Setakat semalam, 95.9% populasi dewasa telah divaksin manakala 98% menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi golongan remaja, 82.8% telah divaksin sepenuhnya manakala 87.7% menerima satu dos.
Dari segi populasi, 76.7% daripada jumlah populasi telah diberi vaksin sepenuhnya manakala 78.7% telah menerima satu dos. – 26 November, 2021.