Cukai gula saja tak cukup untuk halang penggunaan, kata pakar
Iklan
MENINGKATKAN kadar cukai gula tidak akan menghalang rakyat Malaysia dari mengurangkan pengambilan gula kerana ia adalah masalah gaya hidup, kata persatuan pengguna dan pakar kesihatan.
Walaupun cukai itu adalah permulaan, mereka berkata kerajaan mesti tampil dengan lebih banyak inisiatif untuk mendidik rakyat Malaysia tentang jumlah gula yang mereka makan dan kesan buruk kesihatan.
Mereka juga menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya lebih bertanggungjawab dan tidak hanya tertumpu kepada wabak Covid-19 tanpa mengetepikan penyakit lain.
Presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Marimuthu Nadason berkata sukar untuk mengubah tabiat seseorang terhadap pengambilan gula.
“Apabila anda bercakap tentang tabiat, sukar untuk diubah.
“Cukai itu tidak akan menghalang pengguna dari makan atau minum produk bergula. Jika seseorang minum Coa Cola setiap hari, dia akan terus meminumnya. Cukai tidak akan menghalangnya.
“Jika anda meminta orang Kelantan berhenti menggunakan gila dalam makanan mereka, mereka juga tidak akan melakukannya,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Kerajaan memperkenalkan cukai gula pada 2019 dalam usaha menuju ke arah gaya hidup sihat.
Cukai itu dikenakan ke atas minuman manis bergula (SSB) pada kadar RM0.40 seliter di mana jumlah kandungan gula minuman tersebut melebihi 5 gram/100ml2.
Pelabelan yang betul
Persatuan pengguna juga meminta kerajaan melabelkan kandungan gula yang betul dalam barangan makanan dan minuman supaya pengguna sedar berapa banyak gula yang mereka ambil.
Pegawai penyelidik di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Lim Jee Yuan, berkata ini penting kerana sistem pelabelan semasa sukar untuk dihuraikan.
“Saya fikir mereka harus melabelkan produk dengan kadar gula tinggi dengan jelas. Ia sepatutnya mudah dibaca,” katanya.
Satu kaedah yang boleh dilaksanakan kerajaan ialah sistem lampu isyarat untuk menunjukkan kandungan gula dalam sesuatu makanan atau minuman, katanya.
“Anda boleh melihat terus produk itu mempunyai kandungan gula yang tinggi jika ia berwarna merah, gula sederhana jika oren dan kurang gula jika berwarna hijau,” katanya.
Sistem pelabelan ini katanya tidak seharusnya terhad kepada gula tetapi juga sodium, tambahnya.
“Kita juga harus mempamerkan jumlah natrium dalam produk. Kita mempunyai bilangan pesakit strok dan hipertensi yang tinggi,” katanya. – 27 November, 2021.
Berita penuh di sini.