45 kematian Covid-19 semalam, lapor KKM
Iklan
SEBANYAK 55 kematian Covid-19 direkodkan semalam, dengan 10 daripadanya dilaporkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Angka baharu tersebut menjadikan jumlah kematian Covid-19 kini 30,240.
Angka kematian harian merupakan jumlah kematian yang dilaporkan pada hari sama beserta korban yang baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan.
Data GitHub KKM menunjukkan Sabah dan Perak masing-masing melaporkan lapan kematian semalam, tertinggi antara negeri dan wilayah persekutuan.
Johor merekodkan lima kematian; Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan masing-masing mencatat empat; Terengganu dan Sarawak masing-masing tiga; manakala Perlis dan Negeri Sembilan masing-masing satu kematian.
Sementara itu, tiada korban dilaporkan di Kedah, Melaka, Pulau Pinang dan Putrajaya.
Kadar kematian Malaysia kekal pada 0.8 peratus setakat semalam, dengan purata kematian akibat koronavirus adalah 15 bagi setiap 1 juta penduduk. – 26 November, 2021.