5,097 jangkitan baharu Covid-19, kata KP kesihatan
Iklan
MALAYSIA melaporkan 5,097 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 2,619,577.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di portal CovidNow selepas tengah malam.
Noor Hisham berkata, kadar jangkitan (RT) berada pada 0.97, turun daripada 0.9 berbanding hari sebelumnya.
Setakat semalam, 95.9% daripada populasi dewasa sudah diberi vaksin manakala 98% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja, 83.1% disuntik sepenuhnya manakala 87.9% menerima sekurang-kurangnya satu suntikan. – 27 November, 2021.