Iklan

PBK musnahkan harapan Pakatan cabar GPS satu lawan satu di Sarawak

Desmond Davidson3 years ago30th Nov 2021Berita
Pbk
Risalah Parti Bumi Kenyalang menunjukkan barisan calon wanitanya yang akan bertanding di lima kerusi di sekitar Sibu, Sarawak.
Iklan

DENGAN parti pembangkang di Sarawak tidak dapat menjalin kerjasama untuk pilihan raya negeri bulan depan, 82 kerusi Dewan Undangan Negeri pada awalnya dijangka akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu.

Walaupun sejumlah calon sudah dijangka dan namun Pakatan Harapan (PH) tidak akan berpeluang untuk bertanding satu lawan satu dengan parti pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pernyertaan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), yang bertanding pilihan raya buat kali pertama sejak pendaftarannya pada 2013 memusnahkan harapan PH.

Bulan lalu, PBK mengumumkan 15 calon serta rancangannya untuk bertanding di semua kerusi majoriti bukan Melayu di Kuching – Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Batu Kitang dan Batu Kawah.

PBK enggan bekerjasama dengan parti pembangkang semenanjung dan gagal mencari rakan kongsi tempatan yang mempunyai matlamat dan ideologi yang sama.

Pertandingan di semua kerusi Sarawak dijangka agak bercelaru dan ini akan memihak kepada penyandang atau calon parti pemerintah, serta di kerusi marginal, kata pemerhati politik James Chin, yang merupakan profesor Pengajian Asia di sebuah universiti.

Bagi kes kerusi marginal, undi untuk pembangkang akan berpecah dan membolehkan calon GPS menyelinap masuk ke dalam majoriti minoriti, katanya.

Dua lagi parti pembangkang negeri itu, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan gabungan kecil Gasak, juga dijangka meletakkan calon di banyak kerusi bandar, menjadikan perebutan kerusi di kawasan bandar menjadi sengit.

Tambahan pula, calon bebas juga dijangka akan turut bertanding.

Kerusi bandar yang DAP mahu

PKR Sarawak baru-baru ini menuduh sekutunya DAP enggan berunding mengenai peruntukan kerusi secara terbuka dan telus. Bagaimanapun DAP menafikan perkara ini.

DAP kini juga perlu menghadapi calon PBK di tujuh kerusi bandar di Kuching - Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah dan Stakan.

Pada pilihan raya negeri 2016, daripada tujuh kerusi ini, Pending, Kota Sentosa dan Stakan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara DAP-PH dan Barisan Nasional Sarawak ketika itu.

Manakala di Padungan, Batu Lintang dan Batu Kawah menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Dan di Batu Kitang, ia adalah pertandingan lima penjuru dengan PKR dan DAP bertembung antara satu sama lain untuk merebut  kerusi ini walaupun kedua-duanya berada dalam PH.

Di Pending, calon DAP Violet Yong dengan mudah mengalahkan lawan SUPP-BNnya Milton Foo dengan majoriti 5,012 undi untuk mengekalkan kerusi itu bagi penggal ketiga.

Untuk pilihan raya negeri ke-12 akan datang, Yong mungkin berdepan sekurang-kurangnya tiga lawan - Teo Kuang Kim dari PBK, dan calon yang belum dinamakan daripada SUPP dan PSB. Ini belum dikira kemungkinan terdapat calon bebas.

Pengerusi DAP Sarawak dan ADUN tiga penggal Chong Chieng Jen juga akan berdepan pertembungan pelbagai penjuru untuk mempertahankan kerusinya di Kota Sentosa. Bagi kerusi ini, PBK telah menamakan seorang yang tidak dikenali politik, Lue Cheng Hing, sebagai pencabarnya untuk menewaskan Adun tiga penggal itu. – 30 November, 2021.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan