Iklan

Pengundi Undi18 tidak boleh ambil bahagian pilihan raya Sarawak, kata peguam

Desmond Davidson3 years ago2nd Dec 2021Berita
Pangundi
Dianggarkan terdapat kira-kira 135,000 belia berumur antara 18 hingga 20 tahun di Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Disember, 2021.
Iklan

WALAUPUN umur minimum mengundi baharu pada 18 (Undi18) dan pendaftaran pengundi automatik akan berkuat kuasa pada 15 Disember, mereka yang berumur antara 18 dan 21 dan pengundi baru berdaftar di Sarawak tidak boleh menyertai pilihan raya negeri pada 18 Disember.

Peguam Cherishe Ng, dalam satu posting di akaun media sosialnya berkata ini kerana daftar pemilih suku ketiga tidak akan dikemas kini tepat pada masanya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Ini bermakna anak-anak kita yang berumur 18 tahun akan terlepas pilihan raya,” tambah Ng.

Ng dijangka bertanding dalam pilihan raya dan merupakan calon pilihan PKR untuk kerusi bandar Batu Lintang di Kuching.

Dianggarkan terdapat kira-kira 135,000 belia berumur antara 18 hingga 20 tahun di Sarawak.

“Melainkan ada keajaiban daripada SPR, kita tidak akan melihat anak-anak kita yang berumur 18-21 tahun mengundi kali ini,” katanya.

Ng ialah anak kepada bekas Adun PKR Padungan Dominique Ng.

Dominique Ng hanya menjadi Adun selama satu penggal dari 2006 hingga 2011. – 2 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan