Iklan

KKM lapor 5,806 kes baharu Covid-19

Ragananthini Vethasalam3 years ago2nd Dec 2021Berita
50042923801 46e522985b b
Sebanyak 5,806 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini sebanyak 2,644,027. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Disember, 2021.
Iklan

MALAYSIA mencatatkan 5,806 kes baharu Covid-19 setakat hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini sebanyak 2,644,027.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Angka yang dicatatkan hari ini lebih tinggi daripada 5,439 kes semalam.

Kemasukan hospital untuk kes Covid-19 bagaimanapun menurun sedikit kepada 1,118 semalam berbanding 1,122 sehari sebelumnya.

Kadar penggunaan katil hospital keseluruhan adalah pada 69.2% dan untuk kes Covid-19 pula pada 36.8%. – 2 Disember, 2021.

Iklan
Iklan