Iklan

SPR larang jentera parti luar Sarawak berkempen

Desmond Davidson3 years ago5th Dec 2021Berita
49974166128 c51fe4cc0e c (3)
Larangan pergerakan rentas negeri untuk tujuan berkempen terkandung dalam prosedur operasi standard (SOP) PRN Sarawak yang baru dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember 2021.
Iklan

DAP, PKR, Amanah dan PAS mungkin berdepan kesukaran berkempen apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan larangan rentas negeri terhadap jentera parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata penganalisis politik.

Larangan itu terkandung dalam prosedur operasi standard (SOP) PRN Sarawak yang baru dikeluarkan suruhanjaya itu hari ini.

Bagaimanapun, pengecualian larangan itu diberikan kepada lima pemimpin tertinggi parti bertanding. Mereka dibenarkan untuk masuk ke negeri ini bagi tujuan berkempen.

Mereka juga dikehendaki mendaftarkan nama lima pemimpin ini kepada jawatankuasa pengurusan bencana Sarawak untuk rekod.

Pakar Pengkaji Asia di Universiti Tasmania, James Chin berkata larangan perjalanan itu tidak sepatutnya mengejutkan mana-mana pihak.

“Mereka akan sentiasa menetapkan peraturan dan sekatan ini. (Tetapi) Saya tidak tahu mengapa mereka mahu melakukan perkara sedemikian.”

Chin berkata, gabungan empat parti pemerintah iaitu Gabungan Parti Sarawak sudah “mempunyai banyak kelebihan” dan larangan itu akan menjadikan GPS kelihatan buruk.

Beliau berkata walaupun hanya lima pemimpin dibenarkan masuk dan berkempen, ia masih menjadi kecacatan kepada DAP dan PKR.

Katanya, satu lagi implikasi larangan tersebut akan “berlaku” di kawasan luar bandar negeri itu kerana parti kerajaan tidak akan mempunyai jentera mencukupi untuk memantau ribuan rumah panjang, kampung dan penempatan.

“Oleh kerana pemerhati SPR tidak ada, tiada siapa boleh melaporkan apa-apa yang berlaku di kawasan luar bandar.”

Sementara itu, pakar politik di Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi bersetuju bahawa larangan itu akan melumpuhkan DAP dan PKR.

“Ia pasti akan meletakkan mereka di belakang,” tambahnya.

“Sebenarnya, peraturan sedemikian tidak perlu. Biarkan mereka berjuang secara demokrasi.”

Awang Azman berkata larangan itu boleh menutup kebisingan biasa yang mengiringi pilihan raya negeri dan juga menjadikannya paling terbelenggu.

“Ini sangat keterlaluan.” – 5 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan