Iklan

Ali Biju tanding bebas kerusi DUN Krian

Desmond Davidson3 years ago6th Dec 2021Berita
Ali biju
Ali Biju (kanan) akan mempertahjankan kerusi DUN Krian sebagai calon bebas selepas Bersatu tidak bertandang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.– Gambar The Malaysian Insight, 6 Disember, 2021.
Iklan

TIMBALAN Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian sebagai calon bebas selepas Bersatu tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Pencalonannya disahkan oleh pegawai khasnya Vernon Kedit.

Ali sebelum ini berkata beliau tidak akan menyerahkan kerusi Krian, yang diwakilinya sejak dua penggal, kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ali yang juga Ahli Parlimen Saratok dipecat daripada PKR hujung Februari 2020 selepas terlibat dalam gerakan Langkah Sheraton menjatuhkan pentadbiran Pakatan Harapan.

Beliau kemudian menyertai Bersatu bersama kumpulan bekas pemimpin dan ahli PKR yang mengikuti bekas timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali.

Pada 27 November, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Bersatu tidak bertanding dalam PRN Sarawak, sebaliknya akan mendukung GPS.

Katanya, keputusan dibuat selepas perbincangan dengan pengerusi GPS Abang Johari Openg.

Jumaat lepas, GPS mengumumkan calonnya di Krian iaitu Friday Belik dari Parti Demokratik Progresif (PDP) Sarawak.

Abang Johari juga dilapor menyuarakan harapan agar Ali menyokong GPS.– 6 Disember, 2021.

Iklan
Iklan