Iklan

Najib bertegas tidak buat salah

Ragananthini Vethasalam3 years ago8th Dec 2021Berita
Najibun
Bekas perdana menteri Najib Razak tetap bertegas beliau tidak mengarahkan dana RM42 juta itu dipindahkan ke akaun bank peribadinya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2021.
Iklan

BEBERAPA jam selepas Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya untuk mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International Sdn Bhd, bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau tidak mengarahkan dana RM42 juta itu dipindahkan ke akaun bank peribadinya.

“Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa saya amat kecewa dengan penghakiman yang disampaikan oleh Mahkamah Rayuan pagi ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media anjuran pasukan peguamnya, Shafee & Co.

“Isu utama berhubung kes SRC berkisar tentang RM42 juta yang dipindahkan ke akaun peribadi saya.

“Saya ingin mengulangi bahawa saya tidak tahu, saya tidak memintanya, dan saya juga tidak mengarahkan sesiapa untuk wang RM42 juta itu dipindahkan ke akaun saya.

“Sebagai orang Islam, saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak tahu dan saya tidak memintanya, dan saya juga tidak mengarahkan sesiapa untuk jumlah itu dipindahkan ke akaun peribadi saya,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau telah mengarahkan pasukan peguamnya memfailkan rayuan segera di Mahkamah Persekutuan.

Najib gagal membatalkan sabitan dan hukuman atas tujuh pertuduhan yang dikaitkan dengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan pagi ini.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Abdul Karim Abdul Jalil menyampaikan keputusan sebulat suara dalam prosiding secara dalam talian.

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali, pada Julai tahun lepas. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. – 8 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan