Iklan

Orang bukan Islam perlu bersuara apabila hak dilanggar, kata Ambiga

Raevathi Supramaniam3 years ago10th Dec 2021Berita
Ambiga sreenevasan tmikamal 02
Peguam Ambiga Sreenevasan berkata semua orang perlu mengutuk dengan lantang berkenaan pelanggaran hak asasi manusia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Disember, 2021.
Iklan

PEGUAM Ambiga Sreenevesan hari ini berkata sudah tiba masanya mereka menolak dasar yang berkaitan pengharaman judi dan penjualan arak yang mencabuli hak orang bukan Islam.

Beliau berkata walaupun kerajaan sedar dasar itu mengehadkan hak orang bukan Islam, mereka tidak peduli.

“Beginilah cara mereka menceroboh sedikit demi sedikit dalam kehidupan kita,” katanya kepada The Malaysian Insight pada Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2021 yang mana beliau adalah penerimanya.

“Apa-apa sahaja yang menjejaskan kehidupan mana-mana rakyat Malaysia, yang kami dapati sebagai pelanggaran hak asasi manusia atau menindas, kami bertanggungjawab untuk bersuara.

“Semua orang harus mengutuk dengan lantang apa yang sedang berlaku. Kami kelihatan seperti orang bodoh di arena antarabangsa,” katanya.

Bermula 1 November Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengharamkan penjualan arak di pasar mini, kedai serbaneka dan dewan perubatan Cina.

Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS juga mengumumkan akan mengharamkan semua kedai judi (4D) di negeri itu dan tidak akan memperbaharui lesen untuk pengusaha judi.

Semalam Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan akan membiarkan kerajaan negeri memutuskan sama ada kedai kopi dan restoran perlu memohon lesen menjual arak.

Ambiga berkata masalah dalam banyak isu ini berkisar tentang agama yang bermaksud orang ramai cenderung untuk berdiam diri.

“Setiap kali anda meletakkan agama pada mana-mana perkara, orang akan takut untuk mengkritik. Bagaimanapun saya tidak fikir kita sepatutnya begitu.

“Saya tidak bersedia untuk dibuli untuk mempercayai sebahagian daripada kita adalah warga kelas kedua. Kali terakhir saya semak, tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan memecahbelahkan rakyat.

“Saya tidak bersedia untuk diberitahu bahawa subjek kaum dan agama adalah dilarang kerana saya adalah saya. Saya tidak bersedia untuk mengubah suai tingkah laku saya agar sesuai dengan perkauman, ekstremisme dan penderaan sesiapa.

“Setahu saya isu yang menjeaskan hak asasi manusia, tidak kira bangsa, agama, jantina atau orientasi seksual mereka, tidak pernah dihalang,” kata Ambiga.

Peguam hak asasi manusia terkemuka itu juga menyalahkan parti Islam itu berhubung dasar baru-baru ini. – 10 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan