4,097 kes baharu Covid-19, kata KP kesihatan

Iklan
MALAYSIA melaporkan 4,097 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini adalah peningkatan berbanding hari sebelumnya apabila sebanyak 3,504 kes dilaporkan.
Angka baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini kepada hampir 2.7 juta.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.
Sementara itu, 922 orang dimasukkan ke hospital semalam.
Sebanyak 66.8% katil hospital di seluruh negara digunakan, di mana 34.4% daripadanya adalah untuk pesakit Covid-19.
Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan pada masa ini ialah 0.98. – 14 Disember, 2021.