GPS berdepan pertarungan sengit di Opar, 2 kerusi Bidayuh lain, kata pakar
Iklan
GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) mungkin berdepan saingan sengit bagi kerusi Opar di kesemua lapan kerusi majoriti Bidayuh pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, kata pakar politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Novel Lyndon.
Tujuh lagi kerusi Bidayuh ialah Tasik Biru, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja. Opar terletak di Lundu, selatan Sarawak.
Penyandangnya, Ranum Mina daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), memegang kerusi itu selama tiga penggal sejak kerusi itu dipertandingkan pada 2006.
Bekas mejar tentera itu pertama kali memenangi kerusi sebagai calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan mempertahankannya pada pilihan raya 2011 sebagai wakil SUPP.
Pada pilihan raya 2016, beliau diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) kerana PSB, ketika itu dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP), bukan ahli BN Sarawak. Ia hanya “parti mesra” BN.
Lyndon berkata calon GPS pada pilihan raya ini, Billy Sujang, bekas pegawai kesihatan yang sibuk memerangi wabak Covid-19 sebelum berhenti dalam perkhidmatan awam, mempunyai peluang mengalahkan Ranum jika beliau “bekerja keras dan agresif” .
“Beliau perlu lebih agresif,” katanya dalam rancangan bual bicara secara dalam talian pagi ini.
Selain hujah lama yang kaum Bidayuh perlu berpihak kepada “parti yang boleh membantu mereka”, keyakinan Lyndon juga mungkin daripada kemenangan tipis Ranum dalam keputusan pengundian 2016.
Ranum menang pertembungan empat penjuru yang disertai PKR, Parti Bansa Dayak Baru (PBDSB) dan bebas
Ranum memperoleh 3,665 undi dan diisytiharkan menang dengan majoriti 2,082 undi tetapi analisis lebih mendalam menunjukkan 3,656 undi yang diberikan kepada tiga lawannya - Niponi Undek bebas (1, 583 undi), Francis Teron dari PKR (1, 549) dan PBDSB Patrick Uren (524) - memberinya hanya sembilan undi popular. – 14 Disember, 2021.
Berita penuh di sini