Iklan

Makan di kedai akan jadi lebih mahal, kata perniagaan

Khoo Gek San3 years ago15th Dec 2021Berita
50945598001 ea849c4156 o
Ketika ini orang ramai sudah kembali ke restoran namun ada pekerja yang tidak bersedia kembali ke pekerjaan lama mereka di kedai makan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Disember, 2021.
Iklan

MAKAN di premis boleh menelan kos lebih tinggi memandangkan restoran bersedia untuk menaikkan harga berikutan peningkatan kos bahan mentah dan isu kekurangan buruh yang tidak dapat diselesaikan, kata pengusaha makanan dan minuman.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight kenaikan harga tidak lagi terhad kepada sayur-sayuran, tetapi juga bahan lain seperti makanan laut, minyak masak dan gula.

Malah kekurangan buruh yang berterusan juga mendorong kenaikan gaji, meningkat sehingga hampir 40 peratus.

Kenaikan harga hampir 200 peratus untuk sayur-sayuran heboh ketika ini, dikaitkan dengan kos baja dan racun perosak yang lebih tinggi, cuaca, kos pengangkutan dan logistik serta kekurangan buruh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Disember, 2021.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Jawahar Ali Taib Khan berkata ahli-ahlinya telah bersetuju untuk mengekalkan harga untuk Disember, tetapi akan membincangkan semakan untuk tahun depan.

“Kami tidak ada cara lain untuk tahu berapa banyak harga akan naik. Selain itu, gaji pekerja dan pelbagai perbelanjaan lain juga naik,” katanya.

“Kami harap dapat kekalkan harga pada menu kami tetapi kos operasi telah meningkat hampir 40 peratus. Kami tidak tahu sama ada kami perlu terus kekalkan harga.

“Ada ahli sudah berkata mereka tidak boleh berbuat demikian kerana perniagaan tidak kembali normal.

“Kekurangan tenaga kerja adalah masalah terbesar kami.”

 Presiden Presma Jawahar Ali Taib Khan berkata ahli-ahlinya telah bersetuju untuk mengekalkan harga untuk Disember, tetapi akan membincangkan semakan untuk tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Disember, 2021.

Jawahar berkata kekurangan tenaga kerja adalah punca utama harga makanan meningkat secara drastik. Ramai hilang pekerjaan semasa pandemik tetapi kini perniagaan telah dibuka semula, ada masalah keperluan yang memberi kesan terhadap banyak sektor lain dalam rantaian bekalan perniagaan.

Tony Lim, jurucakap Perikatan Pengusaha F&B Malaysia, bersetuju mengenai kekurangan pekerja asing antara masalah terbesar, selain harga mahal sayur-sayuran, ayam dan gula, serta pengangkutan.

“Rakyat tempatan tidak minta kerja dengan kami (restoran).”

Kekurangan buruh asing disebabkan kerajaan membekukan pengambilan buruh asing ketika pandemik. Walaupun pekerja asing dibenarkan masuk semula, keutamaan diberikan kepada sektor pertanian khususnya perladangan kelapa sawit.

Tony Lim, pemilik francais Boat Noodle dengan 42 cawangan di seluruh negara, berkata cawangannya di Lembah Klang, Johor, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Pantai Timur kurang tenaga kerja sebanyak 30 peratus.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Disember, 2021.

Lim, yang juga pemilik francais Boat Noodle dengan 42 cawangan di seluruh negara, berkata cawangannya di Lembah Klang, Johor, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Pantai Timur kurang tenaga kerja sebanyak 30 peratus.

“Ramai pekerja pulang ke kampung halaman mereka dan bertukar kerja semasa sekatan pergerakan.

“Sekarang orang ramai kembali ke restoran, pekerja ini tidak bersedia untuk kembali ke pekerjaan lama mereka.”

Tambah Lim, walaupun pengusaha restoran mengalami kesukaran untuk bersaing dengan peningkatan kos bahan mentah, mereka tidak mampu untuk menyalurkan lebih daripada 10 peratus pun kepada pelanggan.

“Jika ada yang lebih tinggi, pelanggan akan lari. Kami cuba cara lain; untuk melaraskan jumlah makanan, atau tampil dengan menu baharu untuk kurangkan kos,” kata Lim.

Restoran juga tidak boleh selaraskan harga setiap bulan malah hanya boleh berbuat demikian setiap suku tahun.

Ahli perniagaan berkata kekurangan buruh yang berterusan juga mendorong kenaikan gaji, meningkat sehingga hampir 40 peratus. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Disember, 2021.

Kenaikan harga hampir 200 peratus untuk sayur-sayuran menjadi tajuk utama beberapa minggu lalu. Masalah itu dikaitkan dengan kos baja dan racun perosak yang lebih tinggi, cuaca, kos pengangkutan dan logistik serta kekurangan buruh.

Lim berkata semua masalah ini mengurangkan margin keuntungan untuk restoran, walaupun kini pelanggan kembali setelah tamat sekatan pergerakan. – 15 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan