Iklan

Calon muda PRN Sarawak berdepan cabaran SOP pilihan raya

Desmond Davidson3 years ago15th Dec 2021Berita
Cherishe ng - pkr batu lintang - election poster - dec 15, 2021
Cheriche Ng mengakui SOP bagi mengekang penularan Covid-19 menyukarkan beliau mendekati pengundi. – Gambar The Malaysian Insight, 15 Disember, 2021.
Iklan

SELEPAS 10 hari berkempen, calon PKR bagi Batu Lintang Cherishe Ng masih bergelut dengan masalah bagaimana untuk mendekati 29,694 pengundi di kawasan bandar Kuching tanpa perlu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Cherishe, 24, seorang daripada dua calon paling muda dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, adalah kali pertama menyertai pilihan raya dan tidak dikenali walaupun bapanya, Dominique Ng, seorang ahli politik berprofil tinggi, menjadi Adun pertama PKR ketika beliau menang kerusi Padungan pada pilihan raya 2006.

Beliau juga seorang peguam kanan di negeri ini dan seorang pembela hak tanah adat terkemuka.

“SOP itu bermakna cara berkempen agak terhad,” kata Ng, yang juga penyelaras pilihan raya PKR kali ini, dalam temu bual dengan The Malaysian Insight.

“Kami tidak boleh melakukannya seperti pada masa lalu.”

Ng berkata pengundi lebih gemar mengenali calon mereka secara lebih dekat tetapi kerana SOP, ia menjadikannya suatu cabaran.

Beliau berkata bagi calon baharu seperti Cherishe, ini bermakna mereka mengalami kekurangan yang berbeza.

Daripada lima calon yang bertanding di Batu Lintang, hanya Cherishe dan aktivis bebas berusia 46 tahun Leong Shaow Tung daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) adalah muka baru dalam politik.

Penyandang See Chee How daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) pernah bertanding di situ sebanyak tiga kali, Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sih Hua Tong dua kali dan presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) pro-kemerdekaan, Voon Lee Shan, menjadi Adun di situ selama satu penggal antara 2006 dan 2011.

Walaupun hampir separuh daripada pengundi berada dalam kumpulan umur 40 hingga 69 tahun serta dianggap agak celik IT, 10% dalam kumpulan umur 70 hingga 79 tahun menjadi kebimbangan Cherishe.

SOP dirangka Kementerian Kesihatan untuk membendung kemungkinan penularan virus Covid-19 semasa pilihan raya, antara lain melarang himpunan besar-besaran seperti pertemuan politik.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada larangan tersebut. – 15 Disember, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan