Iklan

997 dimasukkan ke hospital kerana Covid-19

Raevathi Supramaniam3 years ago16th Dec 2021Berita
Covid-19 corona virus hkl icu 03 (1)
Secara keseluruhan, kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara berada pada 67.7%, dengan 32.7% daripadanya melibatkan pesakit Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Disember, 2021.
Iklan

SEJUMLAH 997 orang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam, yang mana ia menurun berbanding 999 kes yang dilaporkan sehari sebelum itu, kata Kementerian Kesihatan.

Kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara berada pada 67.7%, dengan 32.7% daripadanya melibatkan pesakit Covid-19.

Tahap kemasukan ke hospital adalah petunjuk keseriusan wabak, dan kemasukan ke hospital meliputi kadar penggunaan katil, jumlah pesakit di dalam unit rawatan rapi (ICU) dan menggunakan bantuan alat pernafasan.

Terdapat 303 kemasukan hospital di Lembah Klang manakala kadar penggunaan katil hospitalnya ialah 60.8%.

Selangor melaporkan 252 kemasukan, Kuala Lumpur (26) dan Putrajaya (25).

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor dengan 206, Kedah (27), Kelantan (79), Melaka (13), Negeri Sembilan (44), Pahang (22), Perak (43), Perlis (12), Pulau Pinang (44), Sabah (95), Sarawak (51), Terengganu (55) dan Labuan (3).

Malaysia turut melaporkan 3,900 jangkitan baharu Covid-19 semalam, turun daripada 4,097 kes hari sebelumnya.

Lembah Klang mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,481 yang mana 1,134 daripadanya direkodkan di Selangor, 325 di Kuala Lumpur dan 22 di Putrajaya.

Negeri lain yang merekodkan kes ialah Johor (403), Kedah (263), Kelantan (111), Melaka (95), Negeri Sembilan (202), Pahang (318), Perak (234), Perlis (21), Pulau Pinang (279), Sabah (224), Sarawak (50), Terengganu (205) dan Labuan (14).

Dengan penambahan kes baharu itu, kini terdapat 56,989 kes aktif Covid-19 di negara ini.

Kira-kira 47,049 (82.6%) daripada kes aktif ini menjalani kuarantin di rumah, 5,279 (9.3%) berada di pusat kuarantin kerajaan manakala 4,277 (7.5%) dimasukkan ke hospital.

384 individu dirawat di unit rawatan rapi, dengan 213 menggunakan alat bantuan pernafasan. – 16 Disember, 2021.

Iklan
Iklan