PRN Sarawak ukur prestasi Abang Johari sebagai KM, kata penganalisis
Iklan
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal menyaksikan 1,213,769 rakyat negeri itu mengundi Sabtu ini bukan mengenai pertukaran rejim tetapi referendum prestasi Abang Johari sebagai ketua menteri, kata penganalisis politik Universiti Tasmania James Chin.
Beliau berkata, bertentangan dengan kepercayaan popular, PRN ini bukan untuk menukar kerajaan.
“Ini adalah referendum mengenai prestasi Abang Johari sebagai ketua menteri,” katanya.
Beliau berkata rakyat Sarawak sebaliknya akan menyerahkan “kad laporan” mengenai petunjuk prestasi utama (KPI) pemimpin itu.
Chin dan juga pakar lain dalam forum atas talian Merdeka Center - Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata tidak dapat dinafikan empat parti memerintah yang diketuai Abang Johari, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memenangi pilihan raya.
Tetapi China berkata persoalannya sejauh manakah Abang Johari akan memenangi pilihan raya.
Abang Johari mengambil alih jawatan ketua menteri berikutan pemergian Adenan Satem yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017.
Adenan mengetuai gabungan itu yang ketika itu dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) Sarawak, mencapai kemenangan besar dalam PRN pada 2016 apabila memenangi 72 daripada 82 kerusi atas isu nasionalis negeri.
DAP yang yakin akan memenangi lebih 12 kerusi kehilangan lima kerusi.
BN Sarawak yang mempunyai empat komponen - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratif Progresif.
Mereka meninggalkan BN Sarawak pada 2018 berikutan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan menjenamakan semula parti sebagai GPS.
Chin berkata soalan yang diajukan kepada Abang Johari sekarang ialah sama ada beliau boleh mengulangi kejayaan Adenan dan memenangi 72 kerusi atau lebih.
Puyok berkata kajiannya menunjukkan GPS boleh memenangi hanya 54 hingga 55 kerusi namun menurut Chin Abang Johari tidak mampu untuk mendapat kurang daripada 60 kerusi.
“Jika beliau mendapat kurang daripada 60, maka beliau berisiko. Orang sering menganggap PBB sangat bersatu, sangat mantap tetapi jika beliau tidak melakukannya tugas dengan baik, maka rakyat bersedia untuk menyalahkan mereka,” katanya.
Chin bekata PRN itu juga akan menjadi referendum sama ada penjenamaan semula GPS itu berjaya. – 16 Disember, 2021.
Berita penuh di sini.