Iklan

948 pesakit dimasukkan ke hospital kerana Covid-19

Aminah Farid3 years ago17th Dec 2021Berita
Icu story 210621 tmiseth 03 (1)
Malaysia merekodkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital bawah 1,000 buat hari keempat berturut-turut.– Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Disember, 2021.
Iklan

MALAYSIA merekodkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital bawah 1,000 buat hari keempat berturut-turut selepas 948 kemasukan direkodkan semalam, lapor Kementerian Kesihatan.

Sehari sebelum itu, sejumlah 997 orang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19.

Menurut laman web CovidNow, kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara berada pada 67.1%, dengan 32.6% daripadanya melibatkan pesakit Covid-19.

Tahap kemasukan ke hospital adalah petunjuk keseriusan wabak, dan kemasukan ke hospital meliputi kadar penggunaan katil, jumlah pesakit di dalam unit rawatan rapi (ICU) dan menggunakan bantuan alat pernafasan.

Lembah Klang mencatatkan kemasukan harian tertinggi pada 278, dengan 233 di Selangor, 27 di Kuala Lumpur, dan 18 di Putrajaya.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (200), Kedah (34), Kelantan (74), Melaka (12), Negeri Sembilan (38), Pahang (59), Perak (38), Perlis (3), Pulau Pinang ( 20), Sabah (105) Sarawak (59) dan Terengganu (28).

Tiada kemasukan baharu dilaporkan di Labuan.

Setakat tengah malam tadi, terdapat 56,229 kes aktif Covid-19 di Malaysia. Daripada jumlah ini, 383 kes dirawat di ICU dengan 198 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 46,826 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 4,763 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 4,257 dimasukkan ke hospital.

Setakat tengah hari semalam, sebanyak 4,226 kes jangkitan baharu dilaporkan.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,388 kes.

Negeri dan wilayah lain yang merekodkan kes baharu ialah Johor (471), Kedah (261), Kelantan (176), Melaka (139), Negeri Sembilan (203), Pahang (352), Perak (209), Perlis (29), Pulau Pinang (249), Sabah (195), Sarawak (45), Terengganu (214), Kuala Lumpur (300), Labuan (6) dan Putrajaya (25). – 17 Disember, 2021.


 

Iklan
Iklan