Warganet gesa jangan derma kepada tabung bantuan banjir Putrajaya
Iklan
PENGGUNA Twitter hari ini ‘berkempen’ supaya tidak menderma kepada Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Putrajaya, sebaliknya menggesa orang ramai menderma terus kepada mangsa atau pertubuhan bukan kerajaan yang berada di tempat kejadian.
Tabung yang dilancarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun itu dikritik hebat antaranya kerana majlis pelancarannya itu diadakan ketika ribuan mangsa banjir masih terperangkap dan harta benda musnah.
Menggunakan Twitter, rakyat memberi amaran agar tidak menyumbang kepada dana itu, diikuti dengan maki hamun.
Izana (@astallya) menulis: JANGAN DERMA DI SINI. SAYA ULANG JANGAN MENDERMA DI SINI!!! RINA HARUN MENTERI KERAJAAN GAJI BERPULUH RIBU SEBULAN TAPI MASIH HARAP DUIT RAKYAT KEPALA BONTOT KAULAH!!!!!!!!!! Anda boleh baca balasan dan ciap semula kepada ngo yang betul. Anda boleh sumbangkan ke MANA-MANA TETAPI BUKAN DI SINI!!
Seorang lagi pengguna Twitter, jediMASTER (@jedimaster909) menulis, “Tolong JANGAN DERMA kepada Tabung Bantuan Keluarga Malaysia Rina Harun! Derma terus kepada mangsa! Jangan percaya Rina Harun ni.”
Yang lain mempersoalkan mengapa kerajaan meminta wang rakyat sedangkan mereka sepatutnya ada dana untuk tolong mangsa yang juga rakyat sendiri.
Pengguna Twitter MURTY (@murtified) berkata: “Ingat: jangan derma di sini atau kepada dana Rina Harun juga. Mereka kerajaan, mereka ada wang. Berikan wang anda terus kepada NGO yang sesuai seperti Gurdwara dll. atau dapatkan barangan dan terus bantu mereka jika anda boleh.”
Niresh Kaur (@NireshKaur) turut berkongsi sentimen yang sama.
“JANGAN MINTA DUIT KAMI LAGI. Kami bayar cukai kami untuk tujuan yang tepat ini, bukan untuk bayar Vellfire sial anda!! JANGAN DERMA DI SINI,” tulisnya.
Rina, yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa, turut mendapat kritikan rakyat mengenai pilihan pakaiannya untuk melawat mangsa banjir pada hujung minggu.
“rina harun datang kawasan banjir pakai heels (kasut tinggi) adalah perkara paling tidak masuk akal yang saya lihat di Internet,” kata Rachel Wagner (@RachelW642285388) dalam satu ciapan.
Keputusannya untuk mengadakan majlis pelancaran dana itu mencetuskan lagi kritikan terhadapnya.
“Rina Harun punya bodoh tahap lain. Serius? Rakyat hentam kerajaan di seluruh media sosial tetapi anda masih berani buat majlis seperti ini. Halah halah b*b*nya si tua acah model ni,” tulis Ariff (@mhmdrff99) di Twitter.
Seorang lagi ahli politik yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia ialah Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyiarkan tentang inisiatif pemuda Bersatu untuk mengumpul dana.
Ini juga disambut dengan panggilan “jangan derma di sini”.
Pengguna media sosial juga membanjiri ciapan ketua eksekutif Apple Inc, Tim Cook menggesa beliau menderma terus kepada NGO dan bukannya kerajaan. Apple sebelum ini mengumumkan hasratnya untuk menderma kepada usaha bantuan banjir di Malaysia.
HN (@nabilahariss) menulis: “Tolong jangan hantar derma kepada kerajaan Malaysia. Anda boleh menghubungi semua NGO di Malaysia untuk menghantar sumbangan. Terima kasih.”
Lomi-san (@mier_lan) berkata, “Mantap Tim. Jangan beri wang kepada mael (Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob). Kerajaan curi duit. Beri kepada NGO. Maaf bahasa Inggeris teruk.”
Seorang lagi pengguna Twitter Tze Way (@WayneTzeWay) berkata, “Terima kasih atas keprihatinan anda Encik Cook, namun sila alihkan dana kepada NGO yang boleh dipercayai dan bukannya kerajaan Malaysia. Mereka telah gagal teruk dalam pengurusan krisis pada masa-masa seperti ini dan saya jangka dana itu akan disalahuruskan di tangan mereka.”
Cook sebelum ini membuat ciapan: “Taufan Rai telah menyebabkan begitu banyak kemusnahan di Filipina dan Malaysia — begitu banyak keluarga telah kehilangan begitu banyak harta benda. Apple akan menyumbang kepada bantuan, pemulihan dan usaha pembinaan semula jangka panjang. #OdettePH”
Hujan lebat yang luar biasa dan berterusan dari Jumaat hingga Ahad menyebabkan sebahagian besar Lembah Klang dilanda banjir. Terdapat juga banjir di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan, sehingga paras bumbung di beberapa tempat.
Angka kematian ketika ini ialah 27, manakala lebih 61,000 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan, dengan Pahang dan Selangor mencatatkan jumlah pemindahan tertinggi.
Kerajaan Ismail Sabri telah dikritik kerana lambat bertindak membantu mangsa banjir. Usaha menyelamat dan membersihkan masih diteruskan. – 22 Disember, 2021.