Iklan

Rakyat boleh nampak ahli politik ikhlas atau tidak, kata penganalisis

Raevathi Supramaniam3 years ago23rd Dec 2021Berita
Taman sri muda dec 22, 2021 afif 06
Penduduk Taman Sri Muda duduk di atas bumbung rumahnya yang banjir dinaiki air. Ahli politik perlu turun ke lapangan dan ikhlas mengambil berat kebajikan rakyat terutama mereka yang terlibat dalam banjir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 23 Disember, 2021.
Iklan

AHLI politik perlu mula menunjukkan mereka ikhlas dalam mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan bukannya menggunakan bencana seperti banjir baru-baru ini sebagai peluang mengambil gambar demi kepentingan kerjaya, kata penganalisis.

Amalan lama ini kata mereka tidak akan diterima lagi oleh rakyat Malaysia yang dapat melihat melalui telatah mereka dan melampiaskan kemarahan mereka di media sosial.

Ditambah dengan kegawatan ekonomi disebabkan oleh wabak Covid-19 dan ketidakstabilan politik yang berterusan, rakyat Malaysia terus berada pada tahap genting mereka, tambah mereka.

Ahli sosiologi Dr Sharifah Munirah Alatas dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata ahli politik bukan sahaja perlu memikirkan bagaimana mereka bertindak di lapangan tetapi berhenti “bertindak” seolah-olah mereka menjalankan tugas.

“Mereka mesti turun ke tanah, mengotori kaki dan tangan mereka serta menunjukkan kepada orang ramai mereka mengambil berat,” katanya kepada The Malaysian insight.

“Tindakan tingkah laku ikhlas ini lebih menghiburkan rakyat dari berarak dengan rombongan besar atau konvoi kereta dan orang luar. Tingkah laku hierarki dan keunggulan feudal ini tidak mengagumkan.

“Rakyat Malaysia tidak lagi naif. Kami tahu apabila seorang ahli politik berpura-pura mengambil gambar murahan atau sama ada mereka ikhlas mengambil berat pengundi mereka,” katanya.

Sebahagian besar Lembah Klang dinaiki air pada hujung minggu lalu berikutan hujan lebat tiga hari berturut-turut.

Kawasan yang paling terjejas ialah Shah Alam dan Hulu Langat di mana paras air mencecah bumbung rumah serta menyebabkan ramai terkandas semalaman di atas bumbung tanpa tempat tinggal dan makanan selama berhari-hari.

Kerajaan dikritik kerana usaha bantuannya yang perlahan dalam membantu mangsa banjir manakala beberapa ahli politik juga berdepan kemarahan rakyat Malaysia kerana menjadikan bencana itu sebagai peluang mengambil gambar demi publisiti murahan.

Antara yang mendapat kecaman ialah Menteri Kewangan Tengku Zafrul yang dikritik kerana membuat kunjungan dengan rombongan besar menaiki bot yang boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa.

Satu lagi video menunjukkan beliau menaiki belakang kenderaan pacuan empat roda dengan konvoi beberapa kenderaan lain.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun turut menerima kritikan kerana memakai kasut tumit tinggi ketika melawat mangsa banjir.

Beliau kemudiannya dikritik kerana menganjurkan program mengutip dana untuk mangsa di sebuah hotel dan bukannya turun padang dan menawarkan bantuan kepada mangsa.

Video Menteri Perdagangan Antarabangsa Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan membantu mangsa banjir “membersihkan” rumah turut disebut netizen sebagai salah satu aksi publisiti.

Bagaimanapun video Ahmad Maslan berkenaan didapati dirakam pada tahun lepas tetapi pengguna media sosial menyebutnya sebagai contoh ahli politik yang mencari publisiti murahan. – 23 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan