Iklan

MetMalaysia ramal hujan monsun 27-31 Disember

Ragananthini Vethasalam3 years ago24th Dec 2021Berita
51397382243 509710a793 b
Menurut MetMalaysia, laut bergelora dengan ombak tinggi dijangka berlaku di Laut China Selatan dari 26 hingga 31 Disember. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Disember, 2021.
Iklan

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan gelombang monsun dari 27 hingga 31 Disember dan memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan ribut petir.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah, berkata ini kerana Laut China Selatan juga menghadapi cuaca tekanan rendah.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sabah Timur dan Sarawak Barat dari 27-30 Disember,” katanya dalam catatan di Facebook.

Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka mengalami perkara sama pada 30 dan 31 Disember ini.

Katanya, laut bergelora dengan ombak tinggi dijangka berlaku di Laut China Selatan termasuk Pantai Timur Semenanjung dari 26 hingga 31 Disember.

“Orang ramai yang merancang untuk melakukan perjalanan ke kawasan ini dinasihatkan supaya berhati-hati dan peka dengan perkembangan terkini,” katanya.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan cuaca selama 24 jam sehari dan akan mengeluarkan amaran hujan serta ribut apabila ada keperluan. – 24 Disember, 2021.

Iklan
Iklan