943 pesakit dimasukkan ke hospital akibat Covid-19
Iklan
KEMASUKAN pesakit Covid-19 ke hospital berjumlah 943 semalam, turun daripada 955 sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan.
Kadar penggunaan katil hospital kini berada pada 64.2%, yang mana 27.7% adalah kes Covid-19.
Terdapat 290 kemasukan di Lembah Klang manakala kadar penggunaan katil hospitalnya adalah 59.1%.
Selangor melaporkan 235 kemasukan, Kuala Lumpur (28) dan Putrajaya (27).
Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor dengan 197, Kedah (42), Kelantan (88), Melaka (24), Negeri Sembilan (46), Pahang (30), Perak (38), Perlis (3), Pulau Pinang (21), Sabah (91), Sarawak (32), Terengganu (40) dan Labuan (1).
Sementara itu, 3,528 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam, yang mana ia merupakan hari kelima berturut-turut kes meningkat melebihi 3,000.
Lembah Klang mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,071. Daripada jumlah itu 848 datang dari Selangor, 200 dari Kuala Lumpur dan 23 dari Putrajaya.
Negeri lain yang merekodkan kes baharu ialah Johor (396), Kedah (269), Kelantan (378), Melaka (118), Negeri Sembilan (141), Pahang (225), Perak (194), Perlis (20), Pulau Pinang (263), Sabah (168), Sarawak (19), Terengganu (270) dan Labuan (4).
Dengan penambahan kes baharu, kes aktif kini berjumlah 47,877.
Kira-kira 39,117 (83.4%) daripada kes aktif ini menjalani kuarantin di rumah, 3,871 (8.3%) berada di pusat kuarantin kerajaan manakala 3,550 (7.6%) dimasukkan ke hospital.
Terdapat 339 individu dirawat di unit rawatan rapi, dengan 180 menggunakan alat bantuan pernafasan.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 405 mangsa banjir turut disahkan positif Covid-19.
Noor Hisham turut menasihatkan mereka yang mahu mengunjungi saudara semasa cuti Krismas dan Tahun Baharu supaya menjalani ujian kendiri RTK-Antigen sebelum berbuat demikian bagi menjaga keselamatan. – 25 Disember, 2021.