Jalani ujian Covid-19 sebelum kunjung mengunjung pada Krismas, kata Khairy
Iklan
MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar menjalani ujian kendiri Covid-19 sebelum melakukan kunjungan ke rumah semasa tempoh cuti Krismas dan Tahun Baharu.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard pada musim perayaan.
“Sekiranya bergejala, dapatkan rawatan dan duduk di rumah,” katanya.
Khairy dalam pada itu mengingatkan individu yang menjalani kuarantin di rumah perlu mengasingkan diri daripada ahli keluarga mereka.
Penularan Covid-19 hanya dapat dibendung sekiranya peraturan kuarantin dipatuhi, katanya.
Beliau juga menyarankan pengambilan dos penggalak bagi individu yang layak. – 25 Disember, 2021.