996 individu positif Covid-19 di hospital semalam, kata KKM
Iklan
SERAMAI 996 individu positif Covid-19 dirawat di hospital semalam berbanding 948 orang pada Rabu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan kadar penggunaan katil turun kepada 65.8%, dengan 28.2% daripadanya pesakit Covid-19.
Tahap serius jangkitan Covid-19 adalah berdasarkan kemasukan harian ke hospital, manakala kapasiti hospital merangkumi penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan alat bantuan pernafasan.
Di Lembah Klang, seramai 322 individu positif Covid-19 di hospital semalam, dengan kadar penggunaan katil 59.6%.
Selangor rekod 279 pesakit baharu, manakala Kuala Lumpur (25) dan Putrajaya (18).
Di negeri-negeri lain, Johor merekodkan angka kemasukan baharu 433 kes, diikuti Kedah (48), Kelantan (95), Melaka (10), Negeri Sembilan (50), Pahang (22), Perak (36), Perlis (10), Pulau Pinang (13), Sabah (91), Sarawak (67), Terengganu (14) dan Labuan (1).
Sebanyak 3,997 kes baharu Covid-19 dilaporkan KKM semalam.
Pertambahan itu menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 2,754,513 kes.
Bagi kes aktif pula, setakat semalam sebanyak 49,967 direkodkan setakat semalam. Daripada jumlah itu, 42,828 menjalani kuarantin di rumah, 3,326 di pusat kuarantin, manakala 3,532 lagi di hospital.
Sementara itu, seramai 281 pesakit Covid-19 dirawat di ICU, dengan 155 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – 31 Disember, 2021.