Iklan

Thomas enggan kerjasama dengan pasukan khas siasat bukunya

Raevathi Supramaniam3 years ago6th Jan 2022Berita
49932735522 fc8ef96a34 b
Bekas peguam negara Tommy Thomas tidak akan bekerjasama dalam pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat bukunya kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Januari, 2022.
Iklan

BEKAS peguam negara Tommy Thomas tidak akan bekerjasama atau mengambil bahagian dalam pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat bukunya “My Story: Justice in the Wilderness” kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Dalam surat kepada pengerusi pasukan petugas Fong Soo Chung, Thomas berkata mengambil bahagian dalam siasatan oleh pasukan petugas itu akan menjadi contoh yang berbahaya.

“Peguam negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat perdana menteri.

“Di bawah Perkara 145(3) peguam negara sebagai pendakwa raya diberi kuasa mengikut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding bagi sesuatu kesalahan kecuali prosiding di hadapan mahkamah syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

“Pendakwa raya tidak bertanggungjawab kepada Kabinet atau orang lain dalam cabang Eksekutif berkenaan dengan keputusan pendakwaan,” kata Thomas dalam satu kenyataan.

Malah katanya tiada asas undang-undang untuk pasukan petugas itu wujud.

Memandangkan pasukan petugas itu diketuai oleh Fong yang sebelum ini merupakan peguam negara Sarawak dan berada kedudukan lebih rendah dari peguam negara Malaysia, Thomas berkata ini juga bermakna beliau tidak boleh dihakimi oleh rakan sejawatan. – 6 Januari, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan