1,170 kemasukan ke hospital akibat Covid-19, lapor KKM
Iklan
SERAMAI 1,170 pesakit dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Angka ini memecahkan rekod 25 hari kemasukan ke hospital akibat Covid-19 di bawah 1,000.
Kadar penggunaan hospital kini berada pada 64.2% di mana 28.3% menyumbang kes Covid-19.
Bilangan kemasukan ke hospital menunjukkan tahap keterukan virus. Penggunaan hospital termasuk penggunaan katil serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.
Terdapat 556 kemasukan di Lembah Klang manakala kadar penggunaan hospitalnya ialah 54.1%.
Selangor melaporkan 514 kemasukan, Kuala Lumpur (12) dan Putrajaya (30).
Negeri lain yang melaporkan kemasukan ke hospital ialah Johor 170, Kedah (39), Kelantan (77), Melaka (11), Negeri Sembilan (48), Pahang (17), Perak (28), Perlis (8), Pulau Pinang (30), Sabah (102), Sarawak (53), Terengganu (30) dan Labuan (1).
Sementara itu sebanyak 3,270 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam.
Lembah Klang mencatatkan jumlah kes tertinggi iaiatu 1,178. Daripada jumlah itu 908 dari Selangor, 245 dari Kuala Lumpur dan 25 dari Putrajaya.
Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (344), Kedah (174), Kelantan (327), Melaka (74), Negeri Sembilan (181), Pahang (153), Perak (122), Perlis (25), Pulau Pinang (222), Sabah (280), Sarawak (47), Terengganu (128) dan Labuan (15).
Dengan penambahan kes baharu kes aktif kini berjumlah 39,739.
Kira-kira 32,509 (81.8%) daripada kes aktif ini dikuarantin di rumah, 3,574 (9%) berada di pusat kuarantin kerajaan manakala 3,399 (8.6%) dimasukkan ke hospital.
Terdapat 257 individu di ICU dengan 137 menggunakan ventilator. – 6 Januari, 2022.