Iklan

15 kes kematian Covid-19 

Raevathi Supramaniam3 years ago13th Jan 2022Berita
Covid mati
Iklan

MALAYSIA melaporkan 15 kematian Covid-19 semalam, menurun berbanding 27 kematian yang dilaporkan sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan.

Daripada 15 kematian itu, enam dilaporkan sebagai kematian luar hospital.

Dengan angka baharu itu, jumlah kematian akibat Covid-19 di negara ini berjumlah 31,738, yang mana 6,407 daripadanya adalah kematian luar hospital.

Angka kematian harian ialah jumlah yang dilaporkan pada hari itu ditambah kes yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan Covid-19 selepas siasatan.

Data GitHub Kementerian Kesihatan menunjukkan Pahang melaporkan kes kematian tertinggi dengan empat kes.

Johor, Kelantan dan Perak masing-masing melaporkan dua kematian manakala Negeri Sembilan, Sabah, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Kadar kematian domestik Covid-19 kekal pada 0.6%, manakala purata kematian akibat jangkitan adalah tujuh bagi setiap sejuta orang. – 13 Januari, 2022.

Iklan
Iklan